Malah dasar kerajaan negeri ketika bawah pentadbiran Mohamad sebelum ini yang mengecualikan bayaran lesen kepada peniaga dan penjaja bagi merangsang minat rakyat berniaga dan menambah pendapatan keluarga dipuji banyak pihak.

Tidak terkecuali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, penjaja dan peniaga kecil sering menjadi keutamaan Mohamad yang kini menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 13 April depan.

JATIFAH AHMAD
JATIFAH AHMAD 

Seorang peniaga gerai makanan di Kuala Sawah, Rantau, Jatifah Ahmad, 55, berkata, dia dapat membuka gerai makan yang diusahakannya itu juga hasil daripada bantuan Mohamad yang lebih dikenali penduduk sebagai Tok Mat.

“Masa saya nak buka kedai ini, dia bantu beri sebanyak RM3,500. Saya guna duit itu beli mesin roti canai, sampai sekarang saya guna.

“Bila saya tengok mesin itu, sentiasa ingat ini adalah bantuan daripada Tok Mat, bila dia ingat kita, takkan kali ini kita tak boleh ingat jasa dia,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, menurut penjaja minuman, Nurhayana

NURHAYANA ABDUL KHALID
NURHAYANA ABDUL KHALID 

Abdul Khalid 28, beliau mengenali Tok Mat sebagai individu yang murah dengan senyuman serta tidak lokek bagi menghulurkan bantuan.

“Kalau kita minta tolong, dia pasti akan bantu, tak sombong, bertegur sapa dan salam.

“Pernah saya berniaga semasa puasa di hadapan stesen minyak Petronas Rantau, dia datang dan beli. Apabila mahu pulang baki dia tak mahu ambil, sedekah kata Tok Mat,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE