Penyelaras BN Parlimen Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, program yang telah dimulakan pihaknya selepas TN50 dilancarkan pada Januari lalu itu memberi penekanan kepada belia berusia 19 hingga 30 tahun yang aman golongan tersebut merupakan kumpulan umum yang akan memimpin negara pada masa depan.

“Kita (BN Parlimen Shah Alam) memberi perhatian akan pandangan golongan belia ini kerana pada tahun 2050, mereka sudah tentunya berusia 50 hingga 60 tahun yang memain peranan dalam mengurus tadbir negara dalam pelbagai bidang nanti.

“Namun, dalam mendapatkan input serta pandangan terhadap TN50 ini, ia harus dilibatkan semua peringkat golongan belia di peringkat kampung serta taman-taman perumahan di kawasan Parlimen Shah Alam,” katanya ketika ditemui dalam Program Santai Bersama Pemuda di Pusat Daftar Mengundi (PDM) Kampung Kuantan dan PDM Taman Bukit Kuantan di sini malam semalam. - UTUSAN ONLINE.