Katanya, semasa pembentukan Persekutuan berdekad lalu, sudah ditetapkan senarai apa yang dikuasai oleh kerajaan Pusat dan apa yang dikuasai kerajaan negeri.

“Dia tidak faham tentang Persekutuan, barangkali masa itu belum dilahirkan, tak tahulah. Tetapi saya dilahirkan masa itu. Kita buat Persekutuan bermakna Persekutuan menguasai seluruh negara.

“Tiada disebut bahawa Pusat tidak boleh keluarkan kenyataan kalau kerajaan negeri keluarkan kenyataan atau kita (Pusat) tidak boleh komen,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamatnya Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini sebentar tadi.

Ketika ditanya mengenai penerimaan Kesultanan Johor terhadap pentadbirannya, Dr. Mahathir berkata dia tiada memegang apa-apa jawatan yang dipercayai merujuk kepada Tunku Ismail.

Kebelakangan ini, Tunku Ismail lantang menyuarakan pandangannya mengenai isu-isu dalam negara sekali gus dilihat hubungannya dengan kerajaan PH agak tegang. - UTUSAN ONLINE