Tunku Ismail akan menyiasat perkara tersebut dan akan ambil tindakan sewajarnya berkenaan video Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub yang dikongsi pengguna twitter kepadanya.

“Di negeri Johor, tidak pernah berlaku di mana orang memberikan ceramah politik dalam masjid. Hormat tradisi Johor.

“Saya menggesa Majlis Agama Islam memantau dan mengambil tindakan kepada sesiapa yang menggunakan masjid yang merupakan tempat beribadah demi kepentingan politik,” katanya menerusi akaun rasmi Twitternya hari ini.

Tunku Ismail berkata demikian merujuk mengenai video berdurasi 45 saaat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Captain [email protected] malam tadi. - UTUSAN ONLINE