Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain tanpa permit, akhbar tidak bertanggungjawab tersebut juga didapati turut memfitnah dan menyebarkan berita palsu.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya ada menerima naskah akhbar berkenaan yang dijual oleh beberapa vendor serta kedai di seluruh negara.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua media cetak dan elektronik yang membantu Barisan Nasional (BN)di mana mereka menceritakan semua yang benar.

“Tetapi ada media cetak yang diterbitkan untuk ahli-ahlinya sahaja, tidak ada permit KDN. Tunggu lepas PRU-14 ini kita akan ambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program perjumpan dengan masyarakat India anjuran Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang dekat sini.

Yang turut hadir calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya. - UTUSAN ONLINE