Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, permintaan itu selaras dengan aspirasi Menteri Pendidikan sendiri yang mahukan universiti bebas daripada mereka yang mempunyai kepentingan politik kepartian.

“Sebelum ini, Menteri Pendidikan yang juga merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut mendesak semua penjawat awam lantikan politik dan mempunyai kecenderungan politik Barisan Nasional (BN) di universiti meletakkan jawatan.

“Berasaskan aspirasi tersebut, beliau sewajarnya memberi laluan kepada individu lain yang lebih sesuai untuk menggalas jawatan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maszlee dilantik sebagai Presiden UIAM menggantikan Tan Sri Dr. Rais Yatim manakala Setiausaha Politik kepada Maszlee, Mohd Nizam Morad pula dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah di Universiti Utara Malaysia (UUM). - UTUSAN ONLINE