Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MIC, Tan Sri G. Rajoo mengumumkan keputusan itu selepas tamat proses penamaan calon bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli CWC penggal 2018-2021 yang berlangsung selama dua jam di Ibu Pejabat MIC, di sini hari ini.

Menurut Rajoo, sebanyak 10 calon bakal merebut untuk tiga jawatan Naib Presiden MIC pada pemilihan parti kali ini.

Antara calon berkenaan adalah penyandang jawatan itu, Datuk T. Mohan, bekas Ketua Pemuda MIC, Datuk C. Sivaraajh, bekas Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk L. Manickam dan bekas Pengerusi MIC Johor, Datuk M. Asojan.

Rajoo berkata, pihaknya menerima kertas penamaan calon daripada 44 ahli antaranya Datuk P. Kamalanathan, Datuk N. Muneandy, K. Sathasivam, R. Gunaselaan, M. Mathuraiveran, J. Dhinagaran bagi 21 jawatan CWC MIC. – UTUSAN ONLINE.