Antara nama yang dipertimbangkan untuk jawatan Menteri Besar adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram, Salahudin Ayub, ADUN Kempas,

Osman Sapian dan ADUN Parit Yani, Aminulhuda Hassan.

Salahudin merupakan Timbalan Presiden PAN, Aminulhuda pula Pengerusi PAN Johor manakala Osman pula Setiausaha PPBM negeri.

Senarai nama tersebut dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini oleh Pengerusi Pakatan Harapan negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - UTUSAN ONLINE