Ahli Parlimen Port Dickson itu malah berkata, mereka telah bersetuju mengenai proses dan transisi peralihan kuasa itu serta turut dimuafakati di peringkat Pakatan Harapan.

“Saya sedar pelbagai andaian dibuat berkenaan soal peralihan kuasa yang dilaporkan media perdana dan media sosial dengan mengandaikan wujudnya pertembungan dalam kalangan pimpinan.

“Saya ingin mengulangi tidak wujud sebarang pertelingkahan antara saya dan Dr. Mahathir tentang soal peralihan kuasa.

“Malah, sejurus pertemuan saya bersama Dr. Mahathir pada Rabu lalu, saya mengulangi pendirian bahawa beliau wajar diberi ruang dan dukungan untuk mengemudi kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - UTUSAN ONLINE