Keputusan tidak rasmi yang dimuat naik dalam akaun Twitter Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat pukul 6.55 petang tadi, BN memperolehi 11,381 undi, lebih separuh daripada jumlah yang keluar mengundi.

Pencabar terdekatnya daripada Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran pula memperoleh 7,182 undi.

Dua calon Bebas yang bertanding iaitu Sallehudin Ab. Talib dan Wong Seng Yee pula ketinggalan jauh apabila masing-masing hanya memperoleh 295 undi dan 226 undi. - UTUSAN ONLINE