Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.33 petang tadi selepas 36,335 undi dikira, Anwar telah memperoleh kira-kira 25,409 undi.

"Tidak rasmi, Anwar Ibrahim telah melebihi majoriti yang diperoleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

"Jumlah undian dikira: 36,335, Datuk Seri Anwar Ibrahim 25,409, (69.93%) majoriti 18,790, majoriti PRU-14 17,710," katanya menerusi akaun Twitter miliknya, hari ini. - UTUSAN ONLINE