Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, kekeliruan yang berlaku sebenarnya berpunca daripada salah faham sesetengah pihak terhadap perkataan ‘dalam makam’.

“Sudah tentu Perdana Menteri tidak bermaksud masuk ke ‘dalam kubur’ Nabi Muhammad SAW. Itu mustahil, sebaliknya beliau merujuk masuk kawasan makam.

“Kawasan makam Nabi Muhammad SAW adalah rumah Saidatina Aisyah r.a. kerana baginda dikebumikan di situ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pendakwah bebas, Abu Syafiq Al-Asy’ary baru-baru ini yang mempertikaikan ziarah Perdana Menteri ke makam Nabi Muhammad SAW. - UTUSAN ONLINE