Sehubungan itu, tindakan Senator PKR, Bob Manolan Mohd. yang seolah-olah mengugut ketua kampung dan Tok Batin yang tidak menyokong PH adalah tidak wajar dan salah sama sekali.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, tindakan sedemikian perlu dihentikan kerana rakyat berhak mengundi sesiapa sahaja yang mereka inginkan.

“Kenyataan Senator Bob Manolan Mohd. di Pos Betau, Jelai bahawa ketua kampung atau Tok Batin masyarakat Orang Asli akan kehilangan gaji dan dibuang dari jawatan jika mereka tidak mengundi calon Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands merupakan satu bentuk ugutan.

“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana elaun ketua kampung atau pelbagai bentuk bantuan kepada masyarakat Asli ia mesti diberi tanpa mengira siapa yang mereka sokong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE