Menurut Abdul Hadi, walaupun kerusi tersebut dikenali sebagai kubu kuat PKR ketika ini, tidak mustahil untuk Pas kembali menguasai kawasan itu seperti yang pernah dilakukan pada pilihan raya unum 1978.

"Ketika itu, kita tewas di Kelantan...habis kerusi di Terengganu, namun, kita menang di Permatang Pauh. Rakyat Permatang Pauh pada masa itu telah memilih Pas," katanya ketika berucap sempena program 'Amanat Presiden Pas: Pas Tawan Permatang Pauh' di hadapan Masjid Jamek Kubang Semang di sini, malam ini.

Hadir sama Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Fauzi Yusoff; Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden; Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hasan serta Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan. - UTUSAN ONLINE