Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Husam Musa berkata, sehubungan itu beliau bersedia bersama-sama berdialog bagi mencari jalan untuk menyelamatkan akhbar berkenaan.

"Sejarah Utusan Malaysia ini lama dan panjang, jadi tidak boleh kerana ada kesilapan ia dibiarkan (terkubur).

"Saya sedia sekiranya dijemput untuk berdialog dan saya akan mencadangkan pelbagai pendekatan dari segenap aspek" katanya ketika ditemui pada Konvensyen Amanah Negeri Pahang 2018 di Dewan Datuk Zaharudin Abu Kasim di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE