Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tidak ada satu parti boleh kalahkan BN - Tun M

KUALA LUMPUR 19 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa tidak ada satu parti lain di negara ini mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) apatah lagi untuk menang pilihan raya umum.

MAHATHIR
MAHATHIR

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, atas sebab itu lah mereka mengharapkan Pas untuk bekerjasama dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP semata-mata untuk membentuk satu pasukan pembangkang demi mengalahkan BN.

“PPBM bersungguh-sungguh nak kerjasama dengan Pas, berkali-kali kita jumpa wakilnya dan mereka pada mulanya bersetuju, namun bila berjumpa Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak bersetuju pula.

“Sehinggakan kita lewatkan penubuhan Pakatan Harapan kerana nak dapatkan persetujuan Pas, tetapi Pas lebih utamakan hubungan rapat dengan UMNO dan akhirnya kita ditamatkan sendiri oleh Pas, sedangkan kita masih terbuka kerana kalau kita tidak bekerjasama dengan parti pembangkang lain tidak mungkin kita menang,” katanya menerusi temubual khas di Facebook beliau yang disiarkan secara langsung hari ini. - UTUSAN ONLINE.

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain