Allahyarham Datuk Ishak Ismail
Allahyarham Datuk Ishak Ismail

SPR dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu berikutan tempoh mandat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telah melebihi tempoh tiga tahun dan tiada pemberitahuan oleh Speaker DUN itu mengenai keperluan mengisi kekosongan kerusi luar jangka.

“Berdasarkan surat pemakluman (kekosongan kerusi DUN Lenggeng) yang diterima, Speaker DUN Negeri Sembilan tidak menyatakan keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Kelmarin, Ishak meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan rebah ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran anjuran ADUN Seri Menanti, Datuk Abd. Samad Ibrahim di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Tanjong Ipoh dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. - UTUSAN ONLINE