Perkara itu jelas berdasarkan kenyataan bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang disifatkan berfikiran sempit kerana memberi tumpuan kepada satu kaum sahaja.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, semua kaum perlu dilayan secara sama rata bagi membantu kerajaan membangun dan memperluaskan kek ekonomi negara.

“Langkah itu membolehkan semua rakyat Malaysia berkongsi kekayaan negara, bukan sekadar memberi manfaat kepada satu bangsa sahaja.

“DAP perlu menjelaskan kedudukan mereka terhadap kenyataan Tun Daim kerana selama ini parti tersebut sering bercakap mengenai perjuangan Malaysian Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Daim ketika berucap pada majlis perasmian Siri Seminar Naratif Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor berkata, Malaysia hanya akan berjaya apabila orang Melayu berjaya.

Awal Mac lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula menggesa supaya kerajaan PH melaksanakan agenda bumiputera. - UTUSAN ONLINE.