Menurut laporan portal Malaymail yang memetik Straits Times Singapore, Nurul Izzah yang diberi gelaran Puteri Reformasi itu menyifatkan kerajaan PH mengambil langkah perlahan dalam pentadbiran negara.

“Ini adalah penggal terakhir saya sebagai Ahli Parlimen dan ia adalah rancangan saya ketika ini,” katanya kepada di sini hari ini.

Selain itu, Nurul Izzah berkata, beliau kecewa dengan obsesi kerajaan PH terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tidak memberi fokus terhadap isu sebenar.

Katanya, isu 1MDB hanya boleh digunakan buat sementara kerana selepas isu tersebut orang ramai mahukan keselesaan dan penambahbaikan dalam kehidupan seharian mereka. - UTUSAN ONLINE