Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, ini kerana prestasi Maszlee menerajui Kementerian Pendidikan yang mana banyak inisiatif yang telah dan sedang diperkenalkan bagi memacu pendidikan negara ke arah sistem lebih baik pada masa hadapan.

Pada masa sama, Hasnul Zulkarnain turut mengingatkan pihak tertentu yang cuba menjadikan isu berkenaan sebagai perkauman agar menghentikan sebarang bentuk provokasi kerana tindakan sedemikian tidak mendatangkan sebarang faedah kepada pendidikan negara.

“Berhubung isu ini, Pemuda Amanah Perak berpendapat supaya satu perbincangan tertutup diadakan antara pimpinan semua pihak yang berkaitan.

“Langkah ini bagi memberi peluang supaya data dan maklumat terperinci dapat dibentangkan seterusnya penilaian dibuat sama ada tujuan serta matlamat asal program berkenaan telah tercapai ataupun sebaliknya sebelum sebarang tindakan berkaitan kuota pengambilan ditentukan.

“Pada masa ini, kami melihat kuota sedia ada dan pengumuman penambahan jumlah pengambilan daripada 25,000 kepada 40,000 tempat kepada pelajar untuk program ini dikekalkan dan diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE