Menerusi laman sosialnya, Lian Ker berkata, tindakan itu bagi memastikan kelansungan parti itu sekaligus mengembalikan semula kepercayaan orang ramai terhadap MCA.

“Sudah tiba masanya kita melakukan perubahan untuk memastikan MCA terus dipercayai oleh mereka di luar sana.

“Kita perlu berkorban untuk MCA yang sering membantu orang ramai di luar sana dalam keadaan susah dan senang,” ujarnya.

Menurut lagi, seorang pemimpin akan silih berganti namun parti untuk kaum Cina perlu ada dalam mempertahankan hak mereka.-UTUSAN ONLINE