Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tetap tidak akan lepaskan jawatan Exco

SHAH ALAM 17 Mei – Pas Selangor enggan melayan apa juga pendirian mahu pun keputusan dibuat PKR berhubung kedudukan wakil parti itu dalam Exco kerajaan negeri, selagi tiada kata putus dari Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sendiri.

SALLEHEN MUKHYI

Pesuruhjaya Pas negeri, Sallehen Mukhyi berkata, selagi tiada hitam putih, kesemua Exco Pas dalam pentadbiran negeri akan meneruskan tugas diamanahkan seperti biasa dan tiada keperluan untuk melayan sebarang spekulasi mengenainya.

"Saya akan jawab selepas perkara itu berlaku, saya tidak perlu layan spekulasi," katanya ketika diminta mengulas me­ngenai spekulasi bahawa semua Exco Pas akan dipecat sebaik sahaja Mohamed Azmin pulang dari lawatan kerja di Belgium hujung minggu ini.

Biro Politik PKR yang ber­mesyuarat malam semalam ti­dak menyatakan secara jelas kedudukan Exco Pas, sebaliknya memberitahu ia akan diputuskan Mohamed Azmin walaupun dipercayai keputusan mengenainya sudahpun dicapai ketika mesyuarat itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Sallehen berkata, Pas Selangor juga tidak akan melepaskan jawatan dalam mana-mana lantikan di peringkat negeri walaupun PKR bertindak mengarahkan semua ahlinya berbuat demikian di Kelantan.

Dakwanya, keputusan yang dibuat PKR itu tiada kena me­ngena dengan Pas Selangor ke­rana ia membabitkan pentadbiran di Kelantan dan bukannya Selangor.

“Terpulang kepada dia (PKR arah ahlinya letak jawatan dalam kerajaan Kelantan), perkara itu tiada kaitan dengan kita. Exco dan lantikan politik dari parti Pas di negeri ini akan kekal dan bertugas seperti biasa,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain