Katanya, beliau akan memastikan setiap janji dalam manifesto PH dapat ditunaikan atau meminta rakyat menolaknya jika ia merupakan janji-janji palsu.

“Sokongan yang saya dapat setakat ini hanya 20 peratus, dia (PH) dapat 80 peratus. Saya masih berpeluang walaupun nipis, tetapi, okay lah.

“Saya terima sahaja hakikat ini. Saya hanya bekerja untuk rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Kampung Baru Kwan Tung, Balakong dekat sini hari ini. -UTUSAN ONLINE