Najib berkata, tindakan tersebut hanya akan menyebabkan kerajaan melaksanakan langkah-langkah perlindungan yang membebankan rakyat dengan harga kereta dan kos pembiayaan lebih tinggi.

"Sepanjang masa saya sebagai Perdana Menteri, saya telah membuat keutamaan untuk mengurangkan harga kereta secara beransur-ansur dengan memperkenalkan insentif semasa memperluaskan projek pengangkutan awam.

"Akibatnya, harga kereta sekarang lebih rendah daripada ketika saya mula-mula menjadi Perdana Menteri dan sementara itu penggunaan pengangkutan awam telah melonjak," katanya menerusi akaun Facebook beliau hari ini. - UTUSAN ONLINE