Perdana Menteri menegaskan, selagi UMNO dan BN berkuasa, maka hak dan kepentingan orang Melayu dan semua kaum akan terus terjaga.

"UMNO mesti terus pegang tampuk pemerintahan negara kalau kita nak selamat, kalau Felda nak terus maju.

"Selagi UMNO dan BN berkuasa, kita akan terus memajukan negara ini," katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat di Felda Maokil, dekat sini  sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE