Beliau berkata, sokongan yang ditunjukkan masyarakat Orang Asli dan Melayu amat mengejutkan.

"Saya pun terkejut dengan sambutan yang diberikan kepada saya amat menggalakkan dan apa yang boleh saya janji dengan pengundi suara mereka akan kedengaran di Parlimen jika saya menang," katanya ketika ditemui pada kempen di Kampung Bertang, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, beliau berkata, selepas pusingan pertama kempen di kawasan Orang Asli dan Kampung Melayu beliau akan memulakan kempen ke kawasan Felda dalam masa terdekat. - UTUSAN ONLINE