Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, mereka perlu menerima sebarang keputusan yang diumumkan dengan hati terbuka tanpa menimbulkan kekecohan hingga mengganggu ketenteraman awam.

“Kita kena tunjukkan kepada orang luar yang mana kita juga boleh menjadi masyarakat berkelas dunia (dengan menjaga tingkah laku ketika mengundi),” katanya ketika meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Ke-bangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad Badawi, di sini.hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti negeri, Datuk Mohamad Anil Shah serta Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor.

Sementara itu, Thaiveegan berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di negeri ini.

“Jika ada, kita akan rujuk balik kepada SPR untuk disiasat,” ujar beliau.-UTUSAN ONLINE