Naib presiden PH itu berkata, gabungan berkenaan akan membaiki segala kelemahan bagi memenangi kembali hati rakyat.

"Kami sudah cuba sedaya mungkin tapi rakyat lebih tahu apa pilihan mereka, kami terima keputusan ini dengan hati terbuka. Mana-mana kelemahan akan kami baiki," katanya kepada pemberita di bilik gerakan utama PH, di sini malam ini.

Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi DUN Semenyih selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi persaingan empat penjuru dengan majoriti 1,914 undi.

"Kami anggap (kekalahan) ini sebagai satu mesej yang mana kami perlu hayati sebaik mungkin," kata Mukhriz. - BERNAMA