Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut mengucapkan tahniah kepada pengundi yang sekali lagi memberi kepercayaan kepada Mohamad.

“Alhamdulillah, Tok Mat (Mohamad) selaku calon BN menang besar dengan majoriti 4,510 undi. Tahniah dan terima kasih pengundi Rantau,” katanya dalam Facebook miliknya hari ini.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dalam laman Facebook miliknya turut berkongsi detik-detik gembira meraikan kemenangan Mohamad di Bilik Gerakan Utama BN, Kampung Tanjung, Rantau.

Katanya, kemenangan itu tentunya turut menggembirakan rakyat yang telah bersama-sama menumbangkan Pakatan Harapan (PH) di Rantau.

“Suasana masa dengan keputusan PRK Rantau mengikut pusat daerah mengundi (PDM). Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

“Kami gembira dan pastinya rakyat juga gembira dengan kejayaan BN tumbangkan PH parti penipu rakyat! Tahniah pengundi Rantau! Tahniah #TeamTokMat,” katanya. - UTUSAN ONLINE