Calon Barisan Nasional (BN) itu yang menang dengan majoriti besar iaitu 3,238 undi turut mengucapkan terima kasih jentera komponen BN yang membantunya.

"Saya berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat di Cameron Highlands.

"Saya tidak mahu cakap panjang hari ini, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memilih saya.

"Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jentera termasuk BN, Pas, MIC dan MCA yang bersungguh-sungguh membantu saya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pengumuman keputusan PRK Cameron Highlands di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah Tanah Rata hari ini.

Dalam pengundian hari ini, Ramli mendapat 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) , M. Manogaran yang mendapat 8,800 undi

Dua calon Bebas, Sallehuddin Ab. Talib 314 undi manakala dan Wong Seng Yee 276 undi. - UTUSAN ONLINE