Hamdan Mohd. Salleh

Ketua Setiausaha Jaringan Me­­­layu Malaysia, Hamdan Mohd. Salleh (gambar) berkata, isu tersebut telah mendapat kecaman para netizen dalam media sosial yang kesemuanya mempersoalkan pengaruh dan penglibatan Teresa dalam syarikat berkenaan.

“Teresa Kok harus segera membuat laporan polis tentang tular mengenai dirinya dalam media sosial ini. Laporan tersebut adalah bagi memudahkan pihak polis membuka kertas siasatan tentang kejadian tersebut.

“Perkara ini adalah amat serius kerana membabitkan tohmahan dan tuduhan kepada pemimpin parti DAP terutamanya Teresa sebagai Menteri Industri Utama,” katanya.

Hamdan yang juga Naib Pengerusi Gagasan Tiga menambah, laporan polis oleh Ahli Parlimen Seputeh itu perlu agar pihak berkuasa mengambil langkah perlu di sisi undang-undang terhadap semua pihak atau mana-mana individu yang terlibat dalam penyebaran dakwaan tersebut.