Sikap biadab Teresa dan kumpulannya yang mengganggu kelancaran majlis perkahwinan itu dilaporkan menerusi laman blog Kl Chronicle dan turut dikongsi pengguna-pengguna Facebook.

Melalui rakaman video yang tersebar di Facebook, berlaku pertelingkahan antara peserta perhimpunan anjuran Teresa de­ngan individu yang meminta majlis perkahwinan itu tidak diganggu.

“Kamu nampak majlis perkahwinan di sana tetapi kamu masih lagi buat protes di sini untuk cari publisiti. Tolong hormati majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di sini. Buat hari lain protes ini, kamu semua boleh bersurai,” kata individu tersebut.

Menurut laman blog Kl Chronicle, satu laporan polis juga telah dibuat mengenai tindakan Teresa dan kumpulan tersebut yang mengganggu kelancaran majlis perkahwinan itu.