Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Terengganu laksana simulasi pilihan raya akhir bulan April

TPM di Terengganu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diiringi Menteri Besar Datuk, Seri Ahmad Razif Abdul Rahman disambut barisan kepimpinan Umno Bahagian Terengganu ketika hadir di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok UMNO Cawangan Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan PDM Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 17 Mac - UMNO Terengganu akan melaksanakan simulasi pilihan raya akhir bulan depan sebagai persiapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, simulasi itu disasar untuk dibuat secara berkala ke arah memantapkan gerak kerja jentera parti.

"Jadi bersiap-siaga semua kerana pada akhir bulan April nanti kita akan membuat percubaan itu bagi memastikan semua jentera dalam keadaan bersedia sepenuhnya apabila pilihan raya umum sebenar," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat UMNO Cawangan-cawangan Peringkat Negeri Terengganu yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Stadium Negeri di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain