Presiden UMNO itu berkata, mereka juga perlu menerangkan kepada rakyat supaya berhati-hati menerima maklumat dengan menyelidikinya dan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan seperti disarankan oleh Islam.

Beliau juga mengingatkan tentang kepentingan wala’ atau kesetiaan kepada pemimpin apabila menjadi ahli kepada sesebuah pergerakan atau parti politik.

“Saya ingatkan ahli dan diri sendiri supaya kembali kepada prinsip yang berpaksikan kepada agama iaitu konsep wala’ dan kesetiaan adalah satu perkara yang besar pengertiannya kepada kita semua.

“Kita juga perlu faham bahawa UMNO berada dalam persekitaran politik dinamik. Persekitaran berubah dan sentiasa terdedah kepada perubahan yang mana orang mungkin buat keputusan berdasarkan maklumat salah serta tidak tepat dan kesannya cukup besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan serentak mesyuarat cawangan dan ketiga-tiga sayap UMNO cawangan dalam bahagian Pekan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE