Malah beliau mengakui masih bersemangat untuk memajukan kawasan itu dan mahu terus berkhidmat kepada rakyat walaupun sudah berusia 81 tahun.

“Melihat kepada sokongan rakyat yang hadir hari ini, saya yakin mereka mahukan lebih banyak pembangunan dan kemajuan.

“Sebab itu saya mahu terus berkhidmat untuk rakyat dan membantu jentera Barisan Nasional (BN) untuk mengemudi Kelantan.

“Rakyat juga ternanti-nanti perubahan yang akan dilakukan sekiranya Barisan Nasional dapat memerintah Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 3,000 penyokong BN dalam program Amanat Tengku Razaleigh Hamzah di Bukit Cekati, hari ini.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berharap agar rakyat tidak memilih pemimpin yang bersikap suka melaga-lagakan kerana akan memberi kesan yang tidak baik kepada rakyat.

“Kita tak mahu rakyat termakan hasutan dan diperalatkan pihak tertentu untuk kepentingan mereka.

“Perkara ini hanya sia-sia dan boleh memecah-belahkan rakyat serta keharmonian negara,” katanya. - UTUSAN ONLINE