Tengku Abdullah bertitah, percakapan Mahfuz melanggar ketertiban sebagai seorang yang lebih muda tambahan pula individu yang dimaksudkan adalah seorang raja.

"Sebagai orang Melayu, kita diasuh menghormati orang tua. Ayahanda saya lebih tua dari beliau dan seorang raja, jangan (bercakap) tidak bertempat.

"Saya juga amat marah, tersinggung kerana (penyebaran) video berkenaan yang diambil oleh pihak istana sendiri. Saya akan ambil tindakan," titah baginda selepas berangkat mencemar duli melawat mangsa kebakaran di Sungai Isap 2 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE