Perkara itu diumumkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiobg Lai di sini malam tadi.

Tiong Lai turut mengumumkan Tan Chong yang juga merupakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok pada PRU13 akan bertanding semula di kerusi tersebut pada PRU14 nanti.

“Kepimpinan MCA yakin dengan kewibawaan Datuk Chua Tee Yong yang sudah berusaha gigih bekerja sebagai Ahli Parlimen bagi memberi khidmat kepada penduduk di sini yang merangkumi DUN Tenang dan Bekok.

“Kami juga berkeyakinan penuh terhadap kewibawaan Tan Chong untuk merampas kembali kerusi DUN Bekok yang dimenangi DAP pada PRU13 lalu dan ini merupakan kali kedua beliau bertanding di Bekok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina MCA Bahagian Labis di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chaah, di sini. - UTUSAN ONLINE