Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, janji yang sama juga dibuat kepada rakyat Selangor namun ia gagal dipenuhi malah rakyat negeri itu terpaksa pula berdepan dengan masalah gangguan bekalan air seperti sekarang.

“Dulu janji air percuma di Selangor sekarang tak ditunaikan malah sekarang rumah saya sendiri tidak ada air.

“Orang Johor takkan terpengaruh dengan apa juga manifesto Pakatan Harapan kerana kalau yang dahulu mereka tidak dapat tunaikan macam mana kita nak percaya dengan apa yang dibentangkan sekarang,” katanya dalam sidang akhbar di bilik media bangunan Parlimen di sini hari ini.

Pakatan Harapan diketuai DAP dilaporkan menawarkan bekalan air percuma kepada rakyat Johor seperti di Selangor jika rakyat negeri itu memilih gabungan tersebut dalam PRU-14. - UTUSAN ONLINE