Timbalan Perdana Menteri sambil ketawa berkata, pengundi bonus bukanlah wang sebaliknya pengundi kelabu atau atas pagar yang masih boleh dipujuk untuk mengundi BN.

Tambah Ahmad Zahid, tangungjawab tersebut juga perlu dipikul secara bersama oleh semua jentera parti mesra BN termasuk Malaysian Indian Justice Party (MIJP).

"PRU-14 ini lain. Kena bangun cepat, keluat cepat. Saya mahu pukul 12 tengah hari esok seratus peratus pengundi putih, ahli parti komponen BN, semua ahli mesra BN keluar mengundi beramai-ramai.

"Sebab pukul 1 petang, kita mahu cari bonus boleh? Cari bonus itu tidak kira pengundi kelabu, atas pagar, itu semua bonus untuk kita. Kita perlu kerja keras untuk pastikan semua calon BN menang,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan ahli MIGP Bagan Datuk di Hutan Melintang di sini hari ini.

Turut hadir Presiden MIGP, S.Murugan.

Ahmad Zahid yang juga calon BN Parlimen Bagan Datuk turut mengingatkan pengundi-pengundi agar tidak lupa membawa kad pengenalan masing-masing ketika mahu ke pusat mengundi.

"Jangan lupa keluar saja, IC pun bawa juga, jangan keluar IC lupa, tak ada IC macam mana boleh undi," katanya.

Esok seramai 14,449,2000 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab dalam PRU-14 yang bermula pukul 8 pagi hingga waktu penutupan berbeza mengikut lokasi, tetapi semuanya ditutup sepenuhnya pukul 5 petang. - UTUSAN ONLINE