Menurutnya, pergerakan seperti itu tiada hak menamakan calon bagi pihak PKR untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Saya tidak kenal (Pengerusi badan bertindak itu, Zuljimmykifli Sahari).

"Nama-nama calon hanya dicadangkan oleh mesyuarat PKR Cabang Rembau," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pagi tadi, Badan Bertindak Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan PH DUN Rantau telah mengadakan sidang akbar bagi menyatakan sokongan kepada Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Rembau, Saparin Musa diberi keutamaan sebagai calon yang akan bertanding dalam PRK DUN tersebut.

Zuljimmykifli berkata, badan itu percaya Saparin mempunyai kelebihan berbanding beberapa nama lain yang disebut-sebut sebagai calon antaranya, Tanggam dan timbalan ketua cabang berkenaan, Dr. S. Streram.

Tanggam memberitahu, PKR cabang itu telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju beberapa nama dicadangkan sebagai calon untuk PRK DUN Rantau.

"Selain saya dan Ketua Wanita, K. Bathmavathi, ada beberapa nama lain turut dicadangkan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE