Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarikh Khan berkata, golongan muda di dalam parti perlu menanam semangat untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Sebagai ahli Puteri UMNO, kita perlu mengambil tahu peranan masing-masing selain menjadi mata dan telinga kepada rakyat seterusnya membantu mereka.

"Kita di dalam Pergerakan Puteri UMNO bukan untuk suka-suka, tetapi perlu menunjukkan kematangan dengan menjadi penghubung di antara rakyat dengan parti," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu, Wan Salmiah Wan Abd Ghani. - UTUSAN ONLINE