Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tambah zuriat demi UMNO

Tambah zuriat demi UMNO
TAJUDDIN

KUALA LUMPUR 19 Mac - Pertambahan bilangan penduduk khususnya orang Melayu yang beragama Islam mampu mengekalkan reputasi UMNO selaku parti yang paling lama memerintah di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyeru, agar ahli UMNO menambah bilangan zuriat keluarga masing-masing kerana bilangan penduduk yang ramai mampu memberi kesan kepada kelangsungan ekonomi dan politik orang Melayu.

“Saya menggalakkan ibu-ibu muda yang produktif agar menambah bilangan zuriat masing-masing supaya ahli UMNO bertambah ramai sekali gus menyahut hasrat kerajaan yang menyasarkan 70 juta penduduk di negara ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Festival Berendoi, Marhaban dan Bertahnik anjuran Kelab Perintis dan Media Kreatif Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain