Surat arahan itu diberikan kepada setiausaha badan perhubungan Pas negeri-negeri, setiausaha dewan-dewan Pas pusat dan setiausaha Pas kawasan (seluruh Malaysia).

Takiyuddin turut mengarahkan barisan kepemimpinan Pas tersebut menguar-uarkan perkara berkenaan kepada semua ahli parti. 

“Sila dengan segera edarkan arahan dan kerahan ini ke semua peringkat parti di bawah pentadbiran saudara dan saudari bagi menjayakan himpunan penting ini. 

“Kerjasama serta tindakan segera pihak saudara dan saudari amatlah dihargai dan diucapkan jazakumullahu khairan kathiraa,” kata Takiyuddin dalam surat arahan tersebut yang dikeluarkan hari ini.

Takiyuddin turut menyatakan tempat praperhimpunan untuk semua ahli Pas adalah di Masjid Negara, Masjid Jamek dan hadapan kompleks beli-belah Sogo.

Katanya, tarikh, masa dan tempat perhimpunan juga adalah seperti mana yang telah ditentukan oleh penganjur sebelum ini. -UTUSAN ONLINE