Presidennya, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, keputusan tersebut dicapai menerusi mesyuarat Dewan Tertinggi Ikatan pada 12 Mac lalu.

Jelas beliau, deklarasi solidariti itu termasuk sokongan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti tersebut secara keseluruhannya.

“Kami ingin sangat mempermudahkan mereka menjayakan tugas dan amanah yang begitu berat namun demikian perkara itu tidak boleh berlaku kerana Ikatan merupakan parti politik berbilang kaum.

“Perlembagaan Bersatu pula tidak membolehkan tujuan tersebut dicapai dengan cara-cara lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abdul Kadir memberitahu, status Ikatan dalam Gagasan Sejahtera terserah kepada Pas untuk menentukan kerana parti tersebut yang bertanggungjawab memimpin gabungan tersebut.

“Gagasan Sejahtera ini tidak berdaftar dan ia ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), apa yang kami umumkan adalah solidariti Ikatan kepada Tun Dr. Mahathir,” katanya.

Ketika ditanya sama ada telah memaklumkan kepada kepemimpinan tertinggi Pas mengenai deklarasi sokongan tersebut, Abdul Kadir memberitahu;

“Tak payah beritahu mereka (Pas) sebab ketika mereka berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir pun tidak maklum kepada kita...masa bekerjasama dengan UMNO pun tak beritahu kita,” katanya. - UTUSAN ONLINE