G. Kumar
G. Kumar

Kali ini kes ‘curi’ parti orang lain pula, Parti Generasi Baru diketuai Presidennya, Datuk G. Kumar.

Apa nak jadi dengan anda berdua ini?

Semasa era reformasi 1998, Mohd. Ezam dan Khairuddin ini pantang bertemu. Kedua-dua­nya musuh ketat.

Bila melihat Mohd. Ezam, terkenanglah balik rakyat Malaysia tentang hal ‘kotak’. Ingat tak lagi?

‘Berkotak-kotak rahsia kerajaan’ yang ditakut-takutkan Mohd. Ezam bakal dibongkarkannya semasa berceramah atas pentas politik pembangkang. Ini sehinggakan ceramah parti Keadilan sentiasa penuh sesak dengan khalayak yang berminat mendengar di penghujung bait-bait ceramahnya ‘bila…bila dan bila kotak rahsia mahu dibuka’.

Mohd. Ezam akan memastikan khalayak tertunggu-tunggu….”Nantikan…nantikan…di ceramah berikutnya…”

MOHD. Ezam Mohd Noor
Mohd. Ezam Mohd Noor

Segala personaliti dan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditiru Mohd. Ezam. Di pentas ceramah, tanpa melihat kelibat Mohd. Ezam pun, khalayak akan menyangka suara yang didengari suara Anwar. Tetapi rupa-rupanya Mohd. Ezam.

‘Kotak-kotak berisi rahsia’ yang setiap hari, setiap minggu dan berganti bulan yang dicanang mahu didedahkannya, akhirnya terjawab - hanyalah propaganda dan pembohong­an Mohd. Ezam semata-mata. Tidak terbongkar sehingga hari ini.

Khairuddin pula bagaimana orangnya? Bukankah Khairuddin yang menyumbang kepada pemecatan Anwar daripada UMNO pada tahun 1998 menerusi penerbitan sebuah buku bertajuk 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM?

Buku itu menghancurkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah sebelah kaki ke Seri Perdana.

Khairuddin jugalah individu pertama yang membuat laporan polis terhadap Anwar berdasarkan kepada kandungan buku tersebut.

Khairuddin Abu Hassan
Khairuddin Abu Hassan

Malangnya, demi kepenting­an politik, Khairuddin menjilat ludah sendiri. Anwar digesa supaya dibebaskan.

Masakan penyokong Anwar dan parti Keadilan (kini PKR) terlupa kisah-kisah lalu.

Selama 18 tahun sejak Anwar dipecat daripada kerajaan dan parti pada 1998, ada penyokongnya (Anwar) yang putus kawan, keluarga berpecah-belah, tidur lokap dan menghabiskan duit sendiri.

Alahai Mohd. Ezam, Khairu­ddin. Kenapalah kamu berdua jadi begini?