Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tahaluf siyasi Pas-PKR tamat serta-merta

KUALA LUMPUR 11 Mei - Majlis Syura Ulama Pas mengambil keputusan menamatkan hubungan tahaluf siyasi antara Pas dan PKR dengan serta merta, hari ini.

NIK Muhammad Zawawi
NIK Muhammad Zawawi

Setiausahanya, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, langkah itu dibuat kerana PKR telah melanggar tiga perkara termasuk tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa Pas seperti Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah) 1965  (RUU 355).

Katanya, selain itu, perkara kedua ialah PKR turut melanggar adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pemimpin Pas dan membuat tuduhan palsu yang merosakkan imej Pas. 

“Perkara ketiga pula kerana khianat dalam hubungan politik dengan Pas antaranya bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan dan menentang Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Pas di sini hari ini.

Langkah itu diputuskan selepas kira-kira dua jam mesyuarat diadakan bagi memuktamadkan perkara berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain