Veteran UMNO, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib berkata, penduduk di Selangor sudah bosan mendengar janji manis kerajaan pembangkang itu yang membiarkan mereka menghadapi pelbagai cabaran bersendirian.

“Sebenarnya kerajaan PKR Selangor tiada ada agenda yang konkrit menyelesaikan banyak masalah. Hanya bagi bagi perkhidmatan ‘gincu’ sahaja.

“Ada masalah banyak di negeri ini. Masalah sosial, dadah, penduduk bandar, setinggan, kualiti hidup rendah, cabaran banyak dan pusat maksiat bermaharajalela yang tidak pernah diselesai dan diuruskan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO ke-71 yang disempurnakan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE