SYED HUSSIEN SYED ABDULLAH
SYED HUSSIEN SYED ABDULLAH

Syed Hussien Syed Abdullah, 34, yang merupakan Pengerusi Biro Perkaderan Politik Pemuda UMNO Bahagian Kluang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan kali ini kerana mahu perubahan, sekali gus transformasi pemuda dapat dilakukan.

“Peremajaan parti perlu diterjemahkan bukan sahaja dari sudut output (perubahan penjawatan) malah input (mentaliti) juga perlu melalui proses sama demi menunjukkan kepada rakyat bahawa Pemuda UMNO mampu mengimplimentasi orang muda Kluang dan khasnya kepada Pemuda UMNO Kluang. 

“Dan kita perlu sentiasa ingat bahawa ketika ini UMNO sangat memerlukan pejuang-pejuang bangsa dan agama dan atas sebab itu, saya menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang bagi sesi 2018-2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Syed Hussien juga sedar tugas tersebut bukan mudah lebih lagi ketika UMNO diletakkan di status pembangkang, namun beliau percaya sekarang adalah waktu terbaik untuk UMNO terutama sayap Pemuda melalui proses transformasi demi kebaikan semua. - UTUSAN ONLINE.