Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, tindakan pembekuan itu turut melibatkan akaun `Junior Saver’ Adam Razak iaitu anak kepada Nooryana berumur sepuluh bulan yang didaftarkan atas nama ibunya.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nak nafi? Memanglah akaun atas nama ibu sebab Adam (Razak) masih bayi, tapi tak faham ke erti Junior Saver?.

“Ada ke mak orang pakai junior akaun,” soalnya dalam status di Instagram beliau hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki menafikan bahawa pihaknya telah membeku akaun cucu Najib.

“Akaun cucu Najib tidak pernah dibekukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE