KUALA LUMPUR 2 DISEMBER 2016 - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri
 

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa (gambar) percaya kehadiran lebih 150,000 ahli UMNO pada sambutan berkenaan telah membentuk momentum ke­siapsiagaan parti me­nuju PRU-14.

“Saya harap melalui perhimpunan ini, jentera parti akan menjadi lebih bersemangat dan sebagaimana yang selalu disebutkan, adalah penting untuk jentera parti mempu­nyai mentaliti kemenangan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Sambutan itu me­rupakan yang paling besar pernah dianjurkan parti tersebut dan di­rasmikan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam suasana solidariti antara barisan kepe­mimpinan dan akar umbi.

Pengerusi Badan Perhu­bungan UMNO Melaka, Datuk Seri Idris Haron pula berkata, ucapan Pre­siden menunjukkan bahawa hanya UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

Katanya, sejak ditubuhkan sehingga mencapai usia tujuh dekad, UMNO terus mengangkat martabat agama Islam, orang Melayu dan negara.